SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL


Semasa kecil dulu mama pernah bercerita, ketika Baginda Rasulullah(S.A.W) hendak wafat dan malaikat mahu mencabut nyawa baginda...Rasulullah(S.A.W) masih menyebut UMMATI, UMMATI, UMMATI, (umatku,umatku,umatku.......) betapa cinta dan kasihnya Baginda kepada kita...betapa Baginda mengingati kita.... cintanya Rasulullah(S.A.W) kepada kita...sayangnya Rasulullah(S.A.W) kepada kita.....

Maka perbanyakkanlah Selawat ke atas Baginda Rasulullah(S.A.W)

Kepada yang masih mengingati lagu di bawah ini apalah kiranya kita menyanyikan lagu ini untuk mengingati sedikit sebanyak sejarah Baginda Rasulullah (S.A.W):

Junjungan Mulia Rasulullah (S.A.W)

( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul'awal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )
Posted on 10:17 AM by azri and filed under | 1 Comments »

1 comments:

pijol@fizul said... @ March 10, 2009 at 7:23 AM

jom kita nyayi sama2...hijrah itu perpaduan....perpaduan....
hehehehe