MEMBERI DAN MENERIMA





"Yang harus kalian ingat adalah jangan pernah menyerah kalah, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya.....
( potongan ungkapan daripada cerita tersebut)


Baru-baru ini aku ada menyaksikan cerita bertajuk Laskar Pelangi yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Andrea Hirata ( seorang penulis Indonesia) yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan.

Secara jujurnya bagi pendapat aku cerita ini mempunyai mesej yang sangat baik bagi kehidupan kita sebagai manusia...yang mana diantaranya kita perlu bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan tuhan....


Posted on 3:52 AM by azri and filed under | 7 Comments »

Khasiat buah pisang







NAMPAK JE MACAM BIASA TAPI LUAR BIASA SEBENARNYE BUAH PISANG NI.....

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Rujuk:
http://soleh.net/2007/06/14/khasiat-buah-pisang/
Posted on 11:31 AM by azri and filed under | 5 Comments »

KAWAN






awak sihat kawan?

awak da makan kawan?

family awak semua ok kawan?

awak ada masalah kawan?

sejak kebelakangan ni saya lihat awak mcm down kawan?
awak ok kawan?

p/s: trima kasih kawan!!!......
Posted on 12:34 PM by azri and filed under | 5 Comments »

GUNTING RAMBUT


Pukul 12.30 a.m perkara biasa dlm hidup aku kt uni ni "gunting rambut" membe2 waktu camni,penah satu hari 2 jam 4.00 pagi...

yang peliknye 2 kadang-kadang, sampai 2,3 orang dalam satu mase....emmmmm....


tp ape yang bleh ckp adalah time cmni r....nak wat bende-bende cm 2....nak hrp lepas abis grade 2.....x leh plak nk wat bende2 cmni.....
ye tak....

ntah ape aku ngarut time cmni....cau sin ci.....

Posted on 10:01 AM by azri and filed under | 3 Comments »

Jam 3.00a.m







Sekarang ke nanti?


waktu mcm berhenti plak!!!






dok pikir pekara2 yang x setle g....

nak buat skunk ke? esok ke? nanti2 la?

lapang sebelum sibuk?

bukan tak tahu!!

adooo......

buat sikit2 lame2 banyak jugak bende yang dapat dibuat, lg bek drpd x buat pe2

tp kalu da buat sikit2 mesty dapat mood nk buat banyak2.....!one more time lg bek drpd x buat pe2..


Bangun beb bangun!!..
Posted on 12:17 PM by azri and filed under | 2 Comments »

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL


Semasa kecil dulu mama pernah bercerita, ketika Baginda Rasulullah(S.A.W) hendak wafat dan malaikat mahu mencabut nyawa baginda...Rasulullah(S.A.W) masih menyebut UMMATI, UMMATI, UMMATI, (umatku,umatku,umatku.......) betapa cinta dan kasihnya Baginda kepada kita...betapa Baginda mengingati kita.... cintanya Rasulullah(S.A.W) kepada kita...sayangnya Rasulullah(S.A.W) kepada kita.....

Maka perbanyakkanlah Selawat ke atas Baginda Rasulullah(S.A.W)

Kepada yang masih mengingati lagu di bawah ini apalah kiranya kita menyanyikan lagu ini untuk mengingati sedikit sebanyak sejarah Baginda Rasulullah (S.A.W):

Junjungan Mulia Rasulullah (S.A.W)

( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul'awal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )
Posted on 10:17 AM by azri and filed under | 1 Comments »